Recent Posts

Wednesday, May 24, 2006

Selamat Hari Guru

Menurut Perdana Menteri, ancaman paling hebat kepada umat Islam ialah kejahilan, buta huruf dan kemiskinan. Pandangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini adalah signifikan dengan bangsa Melayu dan patut diberi perhatian yang serius kerana bangsa Melayu adalah umat Islam.

Bangsa yang jahil bukan sahaja tidak mampu membina tamadun tetapi pada masa yang sama akan terus ditinggalkan oleh lokomotif kemajuan.

Dalam konteks ini, peranan guru adalah penting sebagai agen penggerak kemajuan bangsa. Melalui penerapan ilmu dan nilai-nilai murni, penyakit kejahilan dapat dibuang jauh-jauh. Oleh itu tugas guru tidak menjadi semakin mudah. Maknanya guru perlu terus berusaha mempertingkatkan martabat bangsa selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa tanpa mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hari semakin dilupakan.

Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan bangsa. Selamat Hari Guru.

0 comments:

Post a Comment