Recent Posts

Wednesday, June 21, 2006

Ke Arah Pelajar Yang Holistik

Keputusan memperuntukkan 10% markah kokurikulum di dalam sistem meritrokasi merupakan satu langkah bagi membolehkan pelajar yang seimbang mendapatkan tempat dalam kursus-kursus kritikal di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Elemen kokurikulum kurang diberi tumpuan oleh para pelajar. Ramai pelajar cemerlang di dalam bidang akademik tetapi tidak aktif di dalam kegiatan sukan, persatuan dan unit beruniform. Pelajar yang aktif di dalam kelas dan hanya berkurung di dalam bilik mengulangkaji pelajaran perlu berfikir dua kali kerana tanpa markah kokurikulum, mereka mungkin tidak mendapat tempat di dalam kursus-kursus impian mereka terutamanya kursus perubatan.

Prosedur pengambilan pelajar sebelum ini hanya mengambil kira aspek akademik pelajar. Perkara ini menyebabkan berlaku persaingan sengit kerana ramai pelajar mendapat CGPA 4.0 dalam keputusan matrikulasi. Selain itu terdapat ramai pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM.

Keputusan ini secara tidak langsung akan menyuntik nafas baru ke dalam sistem pendidikan negara.

0 comments:

Post a Comment