Recent Posts

Tuesday, May 16, 2006

Peranan Stesen Televisyen Mempromosikan Sektor Pertanian

Di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan telah memberi nafas baru kepada sektor pertanian. Sektor pertanian telah diiktiraf sebagai salah satu daripada enjin pertumbuhan negara.

Orang ramai semakin menyedari kepentingan pertanian. Tambahan pula kerajaan menyarankan agar rakyat mengubah gaya hidup ke arah lebih berhemat serta menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan di sekitar kediaman.

Dalam hal ini, stesen-stesen televisyen boleh membantu kerajaan mempromosikan sektor pertanian. Stesen televisyen perlu memperuntukkan satu slot pada waktu prima bagi menyiarkan dokumentari tentang pertanian. Dokumentari yang menarik berkonsepkan dapat menjadi perantara yang berkesan antara kerajaan dan rakyat. Stesen televisyen tidak ketandusan program-program dokumentari pertanian yang berkualiti namun siaran di luar waktu puncak adalah kurang sesuai kerana tidak ramai yang dapat mengikutinya.

Kisah-kisah kejayaan petani-petani merupakan satu bentuk motivasi yang dapat merangsangkan minat orang ramai. Tunjukkan bahawa pertanian adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Dengan cara itu orang ramai akan berlumba-lumba terjun ke dalam lubuk emas pertanian.

0 comments:

Post a Comment