Recent Posts

Wednesday, May 11, 2005

Bila Harga Minyak Naik

Minggu lalu kabinet mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel. Harga bagi kedua-dua bahan api ini masing-masing naik sebanyak 10 sen dan 20 sen. Kenaikan harga ini mendapat reaksi yang berbeza daripada lapisan masyarakat.
Langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah untuk mengurangkan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Dianggarkan untuk tahun ini kerajaan terpaksa menanggung bebanan subsidi sebanyak RM 8.96 bilion.
Sehingga kini harga minyak petrol dan diesel di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara-negara Asean yang lain kecuali Brunei dan Indonesia. Pada masa ini harga minyak diesel di Indonesia adalah pada kadar 80 sen seliter.
Kenaikan harga minyak tidak dapat dibendung bagi mengekalkan daya saing negara.Penggantungan yang berlebihan terhadap subsidi minyak tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. Wang yang dapat dijimatkan daripada subsidi minyak boleh digunakan bagi memenuhi keperluan lain yang lebih penting terutamanya meningkatkan kemudahan asas, kesihatan dan kebajikan rakyat.

0 comments:

Post a Comment