Recent Posts

Thursday, June 2, 2005

Praktikum: Satu Pengalaman

Bermula pertengahan Jun ini saya dan rakan-rakan yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Pengajian Sains Sekolah Rendah akan mula melapor diri di sekolah-sekolah sekitar Kuala Nerang bagi menjalani latihan praktikum. Menerusi latihan praktikum, guru-guru pelatih akan diberi peluang mempraktikkan ilmu-ilmu perguruan yang dipelajari di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).
Latihan praktikum akan berterusan selama tiga bulan hingga September ini dan diharapkan ianya akan menjadi satu landasan bagi memantapkan lagi guru-guru pelatih terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan suasana sebenar di sekolah.
Setiap pelajar akan dibantu oleh seorang guru pembimbing di sekolah tempat menjalani praktikum dan pada masa yang sama seorang pensyarah pembimbing akan bertanggungjawab membimbing dan menyelia guru-guru pelatih.
Saya harap pengalaman menjalani latihan praktikum selama tiga bulan kelak akan diwarnai dengan pelbagai pengalaman baru yang menarik dan boleh dijadikan panduan dan bekalan dalam proses pembentukan guru-guru yang berdedikasi seiring dengan proses memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment