Recent Posts

Friday, April 22, 2005

Belasungkawa: Dharmawijaya

derita itu
sangkar madu
anak-anak manusia
bercitawaja.

bahagia itu angin debu
anak-anak manusia
penagih kurnia.
berita-bahagia
adalah warna maya
pantai dan lautnya
dada kembara!
Nama timangannya Dharmawijaya. Minggu ini beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Selepas ini hanya karya-karyanya menjadi kenangan buat kita semua.
Dharmawijaya merupakan seorang veteran dalam bidangnya. Saya mengenalinya melalui sebuah buku antologi puisinya yang bertajuk Warna Maya yang dimiliki oleh ayahanda saya. Karyanya seperti yang tertera di atas. Mudah tetapi mengesankan. Ringkas tetapi tersemat kukuh di sanubari.
Minggu ini kita kehilangan seorang karyawan besar. Sasterawan seperti beliau tidak dilahirkan setiap hari. Beliau meninggalkan nama yang mewangi buat kenangan kita semua. Al-fatihah.

0 comments:

Post a Comment