Recent Posts

Saturday, November 7, 2009

Kerisauan H1N1

Leopard
Lama tak tengok tv. Semalam waktu dinner ada kesempatan untuk tengok berita Finland. Terkejut sangat bila gelombang kedua H1N1 melanda Finland dan menjangkiti lebih 1,400 orang setakat ini. Terus batalkan rancangan untuk meronda-ronda dan hanya duduk di rumah kawan. Kami dah check out dari Eurohostel petang Khamis dan kini menumpang di rumah kawan di kawasan Puistola, lebih-kurang 20 minit dari Helsinki.

Mujurlah sempat membeli-belah sedikit untuk Mikael. Mr&Mrs Faiz berkenan sangat dengan suit leopard ni. :) Beli juga topi baru untuk Mikael dan beberapa helai baju yang lain. Rupanya banyak jenis baju baby yang dijual di sini contohnya baju baby Timberland, kasut baby Lacoste, Tommy Hilfiger dan Burberry. Paling cantik ialah kasut Lacoste putih yang sangat cute. Maybe sesuai untuk baby umur 1-2 tahun. Masih berpatutan jika dikira dalam matawang Euro. Dulu waktu mula-mula datang ke Finland asyik mendarab saja. Sekarang dah tak mendarab sangat kalau tidak boleh jadi tak beli apa-apa sebab Euro1 dah bersamaan dengan RM5.

Hajat di hati nak beli sedikit buku buat bawa balik ke Kuopio tapi rancangan tersebut terpaksalah ditunda ke masa hadapan memandangkan kerisauan kami terhadap H1N1.

Hari ini kami akan ke Espoo. Bertemu rakan-rakan dari Malaysia yang menetap di sekitar Helsinki. Terima kasih kerana menjemput kami. :)

18 comments:

LOVE said...

H1N1 is spreading again...the best is to stay indoor. Kalau keluar pun, dun forget to wear face mask. It's very important kan. Got baby lagi. Hmmm..Take care of urselves there!

Love pun worried Hubby kat Brazil, sana pun worse case of H1N1, but luckily he's right in middle of the sea for weeks. But gotto be careful while travelling back home. Hope they don't quarantine him here. :)

Hehehehe, I'm having lots of fun watching BB Mikael in that suit! Gosh, he's a superb model! ;)

ain said...

b xtra carefull then!!!

Watierman said...

Mikael....garang macam leopard dah erk....!!Jaga diri baik2 Tok Mama pun risau gak...balik umah cepat2....pegi jumpa uncle2 untie2 tu sekejap dah le...cepat2 balik dok umah senyap2....

Nanti ada rezeki ...dah aman...pergi balik yer!!

You guys take extra precautions okay...Jaga diri elok2!!Semoga Allah memudahkan dan selamatkanlah perjalanan kalian...Amin!!

CikMin said...

alololo..cutenya litte leopard ni..rasa cam nak geget2..adoiii...

hati2 ye ijan gan family..kt sini mcm dah nak redha..tp dgr kata ada gak gelombang kedua nak sampai..taktau la..

Lady of Leisure said...

wah ada macam2 suit kat sana ek..
bestnya... nampak cute betul suit ni..

risau nak travel due to H1N1 ni kan.. kat sana ramai org pakai mask tak?
kat sini memula ada org pakai skrg dah jarang2 jumpa org pakai mask dah..

Azmiezas said...

baru la dapat tengok si Mikael terjaga dr tido nya..he..he..suit leopard pulak..cutenya..kalau kat sini tak de rasanya...

be carefull yer..n happy jenjalan...

lala said...

Dari Espoo ke Turku berapa jam pulak? hehe

MrMrsFaiz said...

Love,

Perhaps we should take the vaccination. It will be offered to the people of Finland by the end of this month.

MrMrsFaiz said...

Thanks Kak Ain. Insya-Allah akan lebih berhati-hati dan lebih banyak membaca berita H1N1 di Finland.

MrMrsFaiz said...

Thanks Kak Watie. Actually ada hikmah juga memendekkan waktu meronda-ronda di pekan Helsinki. Kalau tidak sure dah tenggelam dalam keseronokan bershopping. :)

MrMrsFaiz said...

CikMin, betul tu. Saya ada baca tentang gelombang kedua H1N1. Sekarang ni di Finland saya rasa adalah gelombang kedua H1N1. Untuk rakyat Malaysia yang minat beli saham, inilah masanya untuk beli saham syarikat buat sarong tangan macam Top Glove yang disenarai di BSKL. Pasti harga melambung sebab permintaan tinggi terhadap sarung tangan dan face mask. Andaian saya saja ni. Kalau harga jatuh sendiri tanggung tau. ;)

MrMrsFaiz said...

Lady,

Memang macam-macam. Cuma kat kedai yang kami selalu pergi baru ada suit teddy bear dan leopard. Leopard tu pun baru sampai this week kalau tak silap. Cuma saiz paling besar adalah untuk 6m baby saja.

Cuti-cuti di Europe nanti trylah singgah kedai pet shop. Banyak juga clothing dan suit untuk kucing. Maybe ada yang comel untuk Molly pakai.

MrMrsFaiz said...

Kak Azmiezas,

Thanks for the compliment. Seronok membeli untuk baby. Emak dan ayah tak beli apa-apa pun kali ni. Mikael didahulukan. ;)

MrMrsFaiz said...

Lala,

Tak pasti berapa jauh tapi rasanya tak lebih dari 3 jam. Ada adik beradik ke kat Turku atau ada pasang niat nak sambung belajar kat Turku?

LOVE2COOK said...

Oh yes, that's the right thingy to do! Get the vaccin! My Doc n kids Paed has informed us that they wld call Us once they got the vaccin. We're just waiting for it! :)

lala said...

Takde maknanya ada adik beradik kat sana. Nak sambung belajar pun sama. =P
Ingat tak flickr yang saya bagi dulu? Dia duk kat sanalah. Rasa cam jauh je dari Kuopio dan Helsinki. Hehe
So sekarang dah ada kat mana?
PS : yang rajin update and balas comment ni siapa? Mr ke Mrs Faiz? =P

~ mizzAmy ~ said...

baju mikael tuh sangat comel lah...

Mrs Imran said...

byk nyer baju mikael!! ichiro nk pinjam satu boleh?

Post a Comment