Recent Posts

Thursday, January 12, 2006

Belasungkawa: Ayahanda Osman Bin Abdullah

Awal pagi 25 Disember 2005, kami sekeluarga dengan rasa terharu yang paling dalam melihat ayahanda tersayang pergi buat selama-lamanya menyambut panggilan Ilahi.
Ayahanda pergi ketika seisi keluarga masih memerlukan belai-mesranya.
Serangan jantung yang kritikal buat kali kedua dalam masa seminggu tertulis sebagai penyebab pemergian beliau, namun kami percaya bahawa Allah lebih sayangkannya.
Beliau pergi ketika namanya harum mewangi. Penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan keramahan serta budi-pekerti beliau menyenangkan hati dan disegani. Beliau melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pendidikan, keagamaan dan politik setempat. Beliau percaya melalui sumbangan seperti ini dapat membantu bangsanya untuk terus maju dan ke hadapan.
Sebagai anak yang sulung, saya mewakili seisi keluarga mengucapkan setinggi terima kasih dan rasa terhutang budi kepada semua yang terlibat dalam membantu menguruskan jenazah ayahanda Haji Osman Bin Abdullah sedari awal lagi terutama kepada Dato' Jalil Abdul Majid, Dato' Pirdaus Hj Ismail, YB Arif Shah Omar Shah, Dato' Ahmad Saad, kepimpinan AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh, Cikgu Zaidi dan kepimpinan AJK Pemuda UMNO Permatang Pauh, Puan Normala dan kepimpinan AJK Wanita UMNO Bahagian Permatang Pauh, Kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pengarah Biro Tatanegara Pulau Pinang, Penduduk Kampung Padang Ibu, Padang Temusu dan Guar Perahu, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Pengetua dan Guru Besar, rakan-rakan niaga serta sahabat-handai dan kenalan ayahanda Haji Osman baik yang dekat mahupun jauh dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Budi dan bakti tuan-tuan sekalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Beliau telah pergi namun kenangan manis bersamanya kekal di dalam hati. Al-Fatihah.

1 comments:

shawngonzo5883 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. So please Click Here To Read My Blog

http://pennystockinvestment.blogspot.com

Post a Comment