Recent Posts

Showing posts with label Current Issues. Show all posts
Showing posts with label Current Issues. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Berita Gembira Untuk Pelajar STAM

Mulai tahun depan pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) layak memohon ke IPTA. Sebelum ini semua pelajar STAM hanya dapat menggunakan sijil STAM untuk memohon ke Al-Azhar dan universiti-universiti di Timur Tengah.

Secara purata setiap tahun 4,500 calon menduduki peperiksaan STAM serentak dengan peperiksaan STPM. Jadi selepas ini pelajar STAM mempunyai pilihan lebih meluas iaitu melanjutkan pelajaran ke luar negara atau memohon ke IPTA tempatan.

Kesimpulannya sijil STAM kini setaraf dengan STPM.

Saturday, September 12, 2009

Interesting Food Blogs



Hari ni nak share dua blog makanan yang top juga. Both of them are English blogs. But worth browsing sebab cerita-cerita yang menarik serta makanan-makanan yang nampak sedap dan gambar yang cantik.



Yang menariknya dua-dua blog guna platform Blogspot je untuk berblog. Bukan ribuan lagi yang berkunjung ke blog-blog ni tapi dah tahap jutaan pelawat.

Daripada dua blog ini saya dapat buat satu kesimpulan juga. Bukan platform blog tapi content blog yang menentukan sama ada blog kita ramai orang suka datang ataupun tidak.

Jadi dengan hanya domain free macam blogspot pun kita boleh buat blog yang menarik dan mendapat ramai pengunjung. Dan yang paling penting...percuma. :)

Contoh blog makanan dari Malaysia yang ramai pengunjung pula antaranya,

Thursday, September 10, 2009

Kad Raya Dari Rakan Bloggers

Terima kasih Kak Mizan. Salam Aidilfitri dari kami buat Akak sekeluarga.


Terima kasih Lyana sekeluarga atas kad di atas. Salam aidilfitri dari kami.


Kad Raya Dari Anna The Journey of Hope. Terima kasih ya.


Terima kasih Kak Maz. Selamat Hari Raya untuk Kak Maz sekeluarga juga ye.



Terima Kasih Kak Ina. Eidulfitri Kareem untuk Kak Ina sekeluarga ya.

Sunday, December 26, 2004

PTD Assesment Centre

Lebih 20,000 calon telah menduduki peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD bagi tahun 2004. Daripada jumlah tersebut hampir 2000 telah lulus dan terpilih untuk mengikuti PTD Assesment Centre atau PAC. PAC merupakan satu siri saringan yang berlangsung selama 2 hari di Institut Tadbiran Negara (Intan).

Saya turut terpilih untuk menjalani saringan di PAC. Di sini calon-calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dinilai berdasarkan kebolehan melaksanakan tugasan berkumpulan. Selain itu terdapat tugasan individu seperti pengucapan umum. Tidak ketinggalan satu sessi ujian kecergasan bagi menilai tahap kecergasan calon.

Secara amnya saya berasa cukup bertuah kerana terpilih untuk menyertai PAC. Sekalipun gagal dalam penilaian di PAC namun pengalaman berharga serta peluang untuk bertemu dengan calon-calon lain dari seluruh Malaysia merupakan satu episod yang tidak ternilai dalam hidup.

Tahniah saya ucapkan kepada saudari Nurzulfa Ibrahim kerana berjaya dalam temuduga di Alor Star dan kini sedang mengikuti kursus selama 6 bulan Diploma Pentadbiran Awam dan akan bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik tidak lama lagi. Juga kepada saudari Farazimah yang kini telah menjawat jawatan Penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Selamat berjaya!