Recent Posts

Sunday, October 25, 2009

Study In Finland

Dulu saya pernah berjanji untuk menceritakan kebaikan belajar di Finland. Hari ini biar saya tambah sedikit sebanyak kebaikan belajar di sini sebagai panduan kepada anda semua.

Finland tidak mempunyai rakyat yang ramai. Jadi kos pendidikan tinggi di sini adalah percuma. Bagi yang berminat belajar perubatan, farmasi dan kejuruteraan di peringkat Sarjana Muda anda cuma perlu menguasai bahasa Finnish dan kemudian mengambil entrance exam untuk mengikuti kursus-kursus tersebut. Sebagai contoh, seorang rakan dari Pakistan mengambil inisiatif sendiri belajar bahasa Finland dan kemudiannya mengambil peperiksaan kemasukan untuk Sarjana Muda Farmasi.

Bagi yang berminat menyambung pembelajaran di peringkat Masters atau PhD pula, anda digalakkan ke sini kerana yuran pengajian juga tidak dikenakan. Jika bernasib baik, kemungkinan anda ditawarkan kerja di lab dan mendapat elaun bulanan.

Anda juga akan dilindungi oleh skim insurans sosial KELA jika anda memohon (sekiranya anda bekerja). Dengan insurans ala Perkeso ni dapatlah diskaun untuk beli ubat, masuk hospital dan lain-lain.

Kenapa saya ceritakan semua ini? Sebabnya tidak ramai rakyat Malaysia yang memohon untuk belajar di Finland. Yang ramai di sini ialah warga Pakistan, Afrika, China, Korea dan lain-lain. Jika mereka ingin melanjutkan pelajaran ke negara Eropah yang lain seperti United Kingdom misalnya terpaksa membayar yuran pengajian sekurang-kurangnya 10,000 Pound untuk peringkat Masters. Belum dicampur dengan perbelanjaan sara hidup.

Jadi bagi yang tidak berjaya mendapat tajaan kerajaan atau Biasiswa JPA, peluang anda untuk belajar di luar negara masih terbuka dengan memilih Finland. Cuma minta ibu ayah anda sediakan wang sara hidup sahaja. Bila dah kerja jangan lupa bayar balik ya. :)

Kerajaan Malaysia pun patut menghantar lebih ramai pelajar tajaan Mara atau JPA ke sini kerana dapat menjimatkan kos.

9 comments:

Lady of Leisure said...

finland adalah antara tempat yg bagus untuk study ye,baru ku tahu.. tapi lady ni dah kene penyakit M, so possibility untuk nak sambung study tu adalah sangat tipis,hehe tapi my husband slalu sangat ajak sambung study..

mrmrsfaiz said...

Sis,kalau ada masa bolehlah sambung study. Maybe local university pun takpe sebab dekat dengan rumah. Kalau jauh macam di Finland kena ajak hubby temankan. :)

cHeRyNa PiReS said...

mmg best...lagipon taklah stereotype sangat kan? been thinking gak...macam mana agaknya study di finland?

tp, kalau nak buat jugak, kena kaji betul2. takut nanti bila balik ada yang buat perangai tak recognise degree. kena buat reference dulu:)

and kena blaja finnish dulu!:)

Lady of Leisure said...

betul.. kalau jauh kene datang dengan husband...
but i have two cats here... have to bring them along too.. hehehe...
:)
kat finland senang tak nak cari makanan halal?
i never been there.. hope satu hari nanti ada rezeki untuk ke sana..
:)

LOVE said...

Hope all the youngsters take the opportunity if they r really interested kan.
But like Sha said, hv to really do research whether the certs r recognised worldwide or not...;)
Anyways, Love belum lagi ke Finland, but Hubby been there...sampai Oslo gak! ;)

mrmrsfaiz said...

Yeah sha,better check about the degree recognition first. We already went to JPA to ask about it. :)

Nanti love ajak hubby honeymoon kat sweden. diaorang cakap sangat cantik. :)

Lady boleh saja bawa cats tu jalan-jalan di Finland. sini pet friendly. makanan halal ada, don't worry. :)

Ili Saharudin said...

wow~jeles nye dapat belajar free. is there any other courses selain sains?

lala said...

nak tanya, TESL pun ada gak ke? :P

ad|nda said...

woww.. aku baru tau!! lembab tul aku!! ni dah thn 2011.. study sane masih free ke?

Post a Comment