Recent Posts

Wednesday, October 14, 2009

Stateless Citizens


Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak.

Dee, seorang arkitek terlatih dari Pulau Pinang, Malaysia kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London yang juga seorang mangsa berkata, 'hak kerakyatan di Britain bukanlah sesuatu yang nyata'.

"Saya telah menjadi seorang pendatang haram. Sebenarnya lebih teruk kerana mereka sekurang-kurangnya ada negara untuk mereka pulang, tetapi saya tidak,'' katanya yang berusia 34 tahun kepada AFP.

Satu klausa undang-undang memberikan penduduk Pulau Pinang dan Melaka status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Etnik Cina di dua negeri itu yang juga sebahagian tanah jajahan Britain di Tanah Melayu atau Malaya, yang sentiasa berhati-hati terhadap diskriminasi di bawah sebuah negara yang didominasi masyarakat Melayu Islam, diberi jaminan mereka boleh mengambil jalan keluar dengan menetap di Britain.

Aktivis imigrasi berkata, ratusan rakyat Malaysia memohon hak kerakyatan Britain, kebanyakannya diberi hak tersebut selepas menetap di Britain lebih lima tahun dalam tahun 1980-an dan 1990-an.

Kesannya, ramai individu dengan status BOC termasuk Dee melepaskan kerakyatan Malaysia satu proses yang sangat sukar untuk diundurkan semula.

"Saya telah mengisi borang untuk melepaskan kerakyatan Malaysia dan pasport saya telah dipotong. Saya juga telah diberitahu pegawai Kedutaan Besar Malaysia di sini bahawa saya bukan lagi warga negara Malaysia.

"Apa yang membuatkan situasi bertambah buruk, kerajaan Britain masih menganggap kami rakyat Malaysia, sedangkan Malaysia menyatakan kami bukan lagi rakyatnya. Ini tidak masuk akal,'' katanya.

Jemur beras di atas bendang,
Jemur kayu di hujung negeri,
Hujung negeri terinjak duri,
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri.

6 comments:

Ili Saharudin said...

what were they think masa koyak kan pasport tu? kesiankan, mereka golongan terpelajar and yet still x pk panjang~

MrMrsFaiz said...

Ili,some people not grateful and always think that there are other countries is better than Malaysia.

As a Malaysian we should love our country more. A thoughtful lesson indeed.

Gee said...

salam mrmrsfaiz,

Pepatah lama ade menyebut, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sayang sungguh......menyesal kemudian apa gunanye.

MrMrsFaiz said...

Kak Suzi,

Silap diaorang lepaskan kerakyatan sebelum confirm dapat kerakyatan baru. Mungkin tersalah fikir atau tersalah maklumat.

Kerajaan Malaysia tak semudahnya terima kembali individu yang istiharkan dirinya bukan lagi warganegara Malaysia.

Apapun Malaysia bumi bertuah.

Watierman said...

Salam Faiz...most of them buat tu semua sebab nak cari harta dunia...dengan alasan dimana bumi dipijak...disitu langit di junjung....

Tapi mereka lupa....pada prinsip & rukun negara....

Taat setia..mereka pada negara...????

Wang ringgit tidak menjamin kebahagian....ini satu contoh...yang terang lagi nyata!!

cHeRyNa PiReS said...

dan...bila kehidupan di britain itu adalah kehidupan terburuik di erpoah kerana costof living, taxt dan sebagainya...ketika dunia bergolak dengan ekonomi..barulah anda suarakan perkara ini.

ketika anda boleh call malaysia yang ada call center bank british, anda akan kata diri anda lah yang paling bagus sbb anda duduk di britain, tak macam kami tinggal di kampung.

hmmmm..wajarkah anda minta utk pulang?

Post a Comment