Recent Posts

Monday, June 9, 2008

Minyak Naik Lagi

Harga minyak naik lagi.

Ramai yang mengeluh. Ramai yang hampa. Kononnya kerajaan memberi “hadiah” sekali lagi kepada rakyat.

Sesetengah daripada mereka tahu bahawa harga minyak dunia kini berada pada paras tertinggi sejarah. Ramai juga yang tahu bahawa harga minyak sedang rancak dispekulasi oleh spekulator rakus seperti yang pernah mereka buat kepada matawang negara kita pada tahun 1997.

Namun kerana kemarahan yang sengaja diciptakan akibat candu subsidi yang telah ditarik balik, kumpulan yang sentiasa menghentam kerajaan terus mengapi-apikan rakyat. Kerajaan dituduh zalim dan tidak berperikemanusiaan kerana menghadiahkan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu bersama-sama dengan kerajaan mengharungi tempoh sukar ini. Ini kerana kerjasama yang baik antara golongan pekerja dengan kerajaan akan menghasilkan situasi menang-menang yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Tidak perlu ditimbulkan persoalan yang sensitif dan sensasi sehingga secara tidak sedar kita telah melakukan dosa dengan memfitnah kerajaan dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab membela nasib rakyat.

Kerajaan mengurangkan subsidi minyak kerana ingin menyalurkan subsidi tersebut ke sector makanan bagi memastikan rakyat cukup makan dan tidak dibebani dengan harga barang keperluan harian yang melambung.

Kerajaan memberi rebet tunai sejumlah ratusan ringgit apabila rakyat memperbaharui cukai jalan demi untuk meringankan beban rakyat.

Kerajaan telah melakukan segala yang termampu bagi membantu rakyat mengharungi tempoh sukar ini.

Jangan kita menjadi individu yang diperkudakan oleh individu lain yang mempunyai cita-cita dan kepentingan diri sehingga sanggup menjual agama, bangsa dan negara.

0 comments:

Post a Comment