Recent Posts

Tuesday, October 17, 2006

Ada apa dengan hari raya?

Tidak lama lagi umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Suasana sambutan seperti tetap meriah. Dalam minggu terakhir ini orang ramai berpusu-pusu membeli pelbagai barangan sebagai persiapan menyambut hari lebaran.

Cuma pada tahun ini nampak sedikit kekurangan dalam menerima kad-kad ucapan selamat hari raya. Mungkin kerana tahun ini ayahanda sudah tiada justeru rakan dan taulan tidak lagi mengirimkan.

Namun yang paling pasti ialah budaya mengirimkan kad ucapan selamat hari raya semakin terhakis daripada masyarakat kita. Ramai yang lebih senang mengirimkan sms bagi mengucapkan selamat hari raya kepada rakan-rakan.

0 comments:

Post a Comment