Recent Posts

Monday, October 10, 2005

Antara Permata dan Kaca: Kedua-dua ada sinarnya.

Renungkan...
Kebanyakan sekolah akan menempatkan pelajar-pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Pelajar yang berkebolehan akan diletakkan bersama-sama. Mereka akan bersaing sesama mereka. Manakala pelajar-pelajar yang kurang berkebolehan akan diasingkan daripada pelajar-pelajar pintar dan diletakkan bersama-sama di dalam kelas yang berasingan. Situasi ini mewujudkan sistem kelas berasaskan kebolehan pelajar.
Pelajar-pelajar dalam kelas pintar diberi tumpuan yang lebih oleh para guru kerana mereka adalah aset sekolah untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pelajar-pelajar kelas kurang berkebolehan pula biasanya kurang diberi tumpuan dan ada kalanya diberikan layanan kelas dua. Mereka hanya dibimbing secara ala kadar dengan alasan mereka tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Persoalan saya ialah adakah situasi di atas menyokong aspirasi Falsafah Pendidikan Nasional ataupun sekadar satu usaha untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan dan dalam masa yang sama wujud golongan pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika rakan-rakan mereka meraikan kejayaan mencapai keputusan yang gilang-gemilang di dalam peperiksaan?

1 comments:

Jerry Simpson said...

Google launches web-based webfeed reader
Posted on Sunday, October 09 2005 @ 02:35:07 CEST by LSDsmurf Google has launched a new project called Google Reader: The amount of information on the web is rapidly increasing.
Find out how you can buy and sell anything, like things related to private road construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like private road construction!

Post a Comment