Recent Posts

Sunday, December 26, 2004

PTD Assesment Centre

Lebih 20,000 calon telah menduduki peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD bagi tahun 2004. Daripada jumlah tersebut hampir 2000 telah lulus dan terpilih untuk mengikuti PTD Assesment Centre atau PAC. PAC merupakan satu siri saringan yang berlangsung selama 2 hari di Institut Tadbiran Negara (Intan).

Saya turut terpilih untuk menjalani saringan di PAC. Di sini calon-calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan dinilai berdasarkan kebolehan melaksanakan tugasan berkumpulan. Selain itu terdapat tugasan individu seperti pengucapan umum. Tidak ketinggalan satu sessi ujian kecergasan bagi menilai tahap kecergasan calon.

Secara amnya saya berasa cukup bertuah kerana terpilih untuk menyertai PAC. Sekalipun gagal dalam penilaian di PAC namun pengalaman berharga serta peluang untuk bertemu dengan calon-calon lain dari seluruh Malaysia merupakan satu episod yang tidak ternilai dalam hidup.

Tahniah saya ucapkan kepada saudari Nurzulfa Ibrahim kerana berjaya dalam temuduga di Alor Star dan kini sedang mengikuti kursus selama 6 bulan Diploma Pentadbiran Awam dan akan bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik tidak lama lagi. Juga kepada saudari Farazimah yang kini telah menjawat jawatan Penolong Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Selamat berjaya!

0 comments:

Post a Comment